Rabu, Mac 06, 2013

Tawaran

Akhirnya penantian aku berakhir juga. Surat tawaran 
pasca ijazah dari UTHM sampai juga di kotak surat 
rumah aku. Alhamdulillah pada 27.2.2013 secara 
rasminya aku telah pun bergelar pelajar pasca ijazah,
atau lebih tepat lagi pelajar kerja kursus Sarjana 
Kejuruteraan  Mekanikal. Aku memilih mod pesisir,
iaitu belajar di hujung minggu sahaja atau orang putih
kata, part-time learning, fulltimemeeting.

Sebenarnya ramai dikalangan rakan-rakan aku yang
bertanya, kenapa aku tidak memilih UTM, sedangkan
aku adalah alumni UTM di peringkat Sarjana Muda.
Aku bagitau dia orang tentang kos pembelajaran mod
pesisir. Telah tiga tahun berturut-turut UTM menawarkan
tempat untuk aku secara kerja kursus, bermula dengan
RM 23k pada tahun 2010 dan kini meningkat sehingga
RM 26k untuk jangkawaktu empat semester. Manakala,
UTHM pula menawarkan RM 11 600 untuk lima semester.
Cuba congak sikit berapa perbezaan kos dia, banyak tu.
Aku juga telah ditawarkan tempat di UTM oleh seorang
Professor dan seorang Professor Madya secara mod
penyelidikan, tapi aku terpaksa menolak tawaran tersebut.
Aku dah jemu membuat penyelidikan dan aku reservekan
penyelidikan tu untuk program Phd aku nanti, InsyaAllah.

So, hari Sabtu ni, 9 haribulan bermulalah kuliah pertama
aku nanti. Doakan kejayaan aku erh.



Jadual Waktu Kuliah Sem Pertama 02 2012/2013












Tiada ulasan: