Jam laptop aku sekarang ni pukul 3.45 pm. Ada apa hal dengan waktu saat ini. Hurm.. kalau nak tahu layan dulu lagu ni..
Hokkay, dah layan. Amacam bila dengar lagu ni. Ada rasa macam dalam hati tu ada taman tak. Tak salah kalau nak feeling-feeling sekali-sekala, betul tak. Cer nyanyi sikit lirik awal lagu ni.
Tika begini..mencari-cari..sebuah cinta hilang.. Saat begini..ternanti-nanti..bayangmu sayang..
Perghhh, inilah perasaan aku waktu ni. Bukannya apa aku tengah putus rokok ni. Sorry erh....
We do have our own excused why on earth we dared to use pirated software. We already knew and been told it could harm the operating system besides of the illegal status of being a user.
OK, back to the topic, I would like to show you out there the correct way to install ANSYS R14. I have successfully installed it on 3 different computers and that's include my laptop.
Hey, that was after a couples of failure using the provided instruction note inside the crack. What the hell on earth they gave the wrong instruction. I have bought the software which comes with 2 DVDs, but then I copied it to my external hard disk for my sake of convenience installation. But, still the procedures would never affected the installation either way. ANSYS R14 INSTALLATION GUIDE
Lately, tah kenapa aku rasa malas sangat. Kalu ikut hati aku, memang nak update blog aku nih. Then, bila bukak aje blog aku tuh, huhhh....., masa tu jugak lah semangat malas tak hingat aku nih menjelma. So, aku pun logout je lah. Tell me, kalau ini bukan malas namanya. You see, ini pun dah malas aku rasa. And I have to put a fullstop here. Sorry beb...
Raya Qurban bakal tiba, dah tak lama lagi tu. Hari ni dah 6 Zulhijjah, bermakna tinggal 4 hari jer lagi. Hari tu dah planning nak raya kat kampung. Tapi ada satu perkara yang betul-betul unaware masa buat planning tu.
Just last saturday perasan road tax dengan insurance nak expired. Maknanya, road tax/insurance dengan installment nak kena settle sebelum hujung bulan ni. Oh tidak, rabak poket aku bulan ni. So, alternative lain kalau tak balik kampung, memang lah takda kalau dah gini caranya. Raya kat sini aje lah. Tapi, insyaAllah kalau tujuan balik kampung tu sebab nak ziarah mak bapak kita, Allah akan permudahkan urusan kita.
Tapikan, kalau ada seribu aral yang merintang, aku terpaksa raya kat sini jugak. Terpaksalah aku masak rendang dan lemang cara aku. Rendang aku ni yang specialnya, aku tak pakai kerisik. Nak kata terer sangat bab memasak ni tak lah kan, tapi kalau untuk survive, any time beb. Okay bagi yang nak cuba-cuba resipi aku ni, silakan.
Rendang Daging/Ayam
Bahan2 1. Ikut suka berapa kilo daging/ayam 2. Bawang kecil 10% dari berat daging/ayam 3. Serai 10% dari berat daging/ayam 4. Daun kunyit 5% dari berat daging/ayam 5. Cili boh 10% dari berat daging/ayam (aku malas nak blend cili kering. kalau suka pedas tambah amaun cili boh) 6. Lengkuas agak-agak sendiri. Satu buku lima budak kecik dah memadai untuk 2 kilo daging/ayam 7. Santan 50% dari berat daging/ayam 8. Kelapa parut 1/2 biji untuk 2 kilo daging/ayam Cara Memasak 1. Daging/ayam yang dibasuh, toskan dulu. 2. Bawang keci, serai, daun kunyit dan lengkuas diricih halus-halus, sehalus yang boleh tapi jangan pakai blender. 3. Masukan daging/ayam dalam kuali dan gaulkan dengan bahan-bahan ricihan tadi beserta dengan cili boh sekali. Api jangan lupa, hidupkan. 4. Kacau sehingga berbau harum dan masukan santan. Tambahkan air jika masih terdapat daging/ayam yang timbul (tidak tenggelam). 5. Masukan kelapa parut apabila santan sudah mendidih. 6. Garam, serbuk perisa kalau suka (boleh juga gantikan dengan gula, tapi sedikit sahaja) secukup rasa. 7. Kalau suka rendang basah, jangan biarkan kering.
Lemang memang aku tak pandai buat. Aku biasanya tanak pulut dengan santan, kemudian dibungkus dan digulung padat-padat dalam daun pisang. Kemaskan kedua-dua gulungan tadi dengan lidi atau tooth-pick. Bakarkan diatas kuali. Okay dah siap. Simplekan.
Selesai juga akhirnya. Walaupun sepatutnya kursus hingga pukul 5 ptg, kerana request daripada diorang, terpaksalah ditamatkan awal. Hours yang tak cukup tu, aku dah mintak dihalalkan.
Aku sebenarnya dimintak untuk terlibat sama oleh pihak penganjur. Kursus ni sepatutnya diadakan 16 - 20 Julai lalu, tapi atas request daripada diorang jugak terpasalah ditunda ke minggu ni. Alahai tldm.
Aku sebenarnya kesian kat peserta-peserta yang berkursus tu. Bukannya apa, pihak penganjur terpaksa mendapat feedback daripada tldm latarbelakang pendidikan para peserta. Nah kau, dilonggokan dari yang ada spm sampailah yang ada degree. Tak pening kepala dibuatnya. Kalau bagi level degree, level bawah jadi pening. kalau bagi level bawah, level degree jadi boring. Abih camno jang oiiii..
So, hasil daripada meeting, meeting dan meeting, kitorang pun came out with the solution, bagi level dip ajer. So, for 2 days nak tanak diorang kena adapt juga dengan teori termo dulu. So, for one party, we just feel guilty while for another party, we have had a sorry feeling.
Kot mana pun, walau banyak mana pun yang korang dapat masa kursus tu, aku harap sedikit sebanyak ilmu yang kitorang dapat share tu, dapat jugak memanafaatkan engkorang di hari yang mendatang. InsyaAllah.
Itu adalah tajuk drama yang aku tonton malam tadi. Bukan apa, aku cuma tertarik dengan satu dialog tu, "cita-cita kau memang nak jadi juruterbangke", kemudian mamat tu jawab, "memang dari kecik aku nak jadi juruterbang".
Itu adalah salah satu slot kecil dalam drama tu. Aku tertarik dengan drama tu bukanlah disebabkan jalan cerita yang menarik atau pun peminat setia drama melayu, namun lebih kepada mengingati kisah silam aku.
Satu masa dulu, aku pun macam mamat ni jugak. Cita-cita aku tak pernah bertukar, daripada darjah 1 sampai lah tingkatan 5. Hanya satu sahaja, PILOT.
Dipendekkan cerita, aku rasa cita-cita aku tu macam boleh tercapai bila aku ditawarkan tempat untuk Pegawai Kadet. Seronok beb, memang seronok aku rasa sebab aku diminta untuk melaporkan diri di kem tentera udara Sungai Petani. Tentera udara tuu...maknanya chances aku nak jadi pilot terbuka luas.
My dad memang izinkan aku pergi, Yang jadi masalahnya, my mom pulak tak izinkan. Aduss, apalah nasib aku. Takkan aku nak jadi anak derhaka. Kang tak masuk syurga pulak.
Anyway, setiap kejadian ada sebab dan hikmahnya. Manalah tau kan, tamat saja latihan masa tu, aku dah jadi pegawai, entah-entah aku sombong dan bongkak dengan orang bawahan. Mungkin jugak aku jadi kaki botol. Who knows. My uncle pun used to be a pilot dengan TUDM sebelum jadi pilot jet peribadi. I knew what and how he was then.
Thanx mom, walau pun aku merajuk jugak dua tiga hari sebab terpaksa reply balik menolak tawaran tu dan pulangkan semula warrant tiket keretapi.
Oh, hari ni hujan lagi, rahmat Allah buat hambanya. Bayangkan kalau tak da hujan di dunia ni. Tak kiralah, hujan gerimis ke atau hujan lebat. Yang penting hujan. Hebatnya ciptaan yang Maha Agung, diberiNya panas oleh matahari dan disejukNya pulak dengan air hujan.
Disebabkan ciptaanNya lah, kita belajar bermacam dan berbagai perkara. Kita tahu sebab kita belajar dan diberitahu. Kita faham apa yang kita belajar bila kita mengkaji. Sebagai contoh, didalam Hukum Pertama Termodinamik (First Law of Thermodynamics) yang mematuhi Prinsip Keabadian Tenaga (Principle of Energy Conservation). Apa yang kita diberitahu, tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan, tetapi tenaga boleh boleh berubah dari satu bentuk kepada bentuk yang lain.
Prinsip ini difahami lebih kurang 160 tahun yang lalu setelah adanya kajian. Tapi, apa yang kita tak sedar, sebenarnya kita telah pun diberitahu oleh Allah melalui Nabi Muhammad SAW lebih kurang 1500 tahun yang lalu. Setiap manusia itu pasti akan merasai mati. Kita mati apabila ruh ditarik keluar dari jasad kita dan dihidupkan semula diakhirat nanti. Nampak tak hubungannya.
Jadi, seandainya kita takut dengan keegoan dan kesombongan yang bakal melanda ingatlah ilmu yang sedikit itu tidak dapat menandingi kebesaran ilmu Ilahi. Semoga hati kita lebih bersih apabila kita beriman denganNya. Wallahu a'lam.
Semalam, sarapan aku cuma sebuku roti krim. Sebelum pegi kerja semalam, aku sempat beli roti krim dengan muffin, cukuplah buat sarapan aku nanti. Itu getus hati aje. Baru makan sebuku roti krim, aku dah rasa kenyang. Konon-konon makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang. So, muffin memang tak sentuh, pikir-pikir boleh jugak buat lunch nanti. Nak jadikan sebab, semalam pulak memang hujan lebat. Ambik muffin, hujan-hujan ni memang sedap kalau mengunyah. Bukak aje plastik, nah, ambik kau, dah berkulat beb. Takda rezki lunch aku tengahari tu. Aku pulak memang tak rajin nak pegi lunch kat luar kalau sorang-sorang. Macam makan dengan hantu je. Ya lah, kalau kat rumah boleh pulak makan sorang-sorang. Kat rumah lain beb, sambil makan boleh mengadap tv. Tapi kan, yang peliknya, berat tetap juga menten, walaupun jarang ambik lunch.
Yang ni yang aku nak story sebenarnya. Yang kat atas tu, intro je. Betul ke diet setengah-setengah orang tu, ni termasuk aku jugak nih walaupun kadang-kadang, kalau tak ambik lunch, berat boleh turun. Ha ah ek, betul ke? Huh, kau ingat aku doktor ke? Kalau tak, boleh le aku tolong jawabkan. Tapi, kalau orang dah tanya, terpaksa lah aku jawab. Nak bagi fakta, aku tak buat kajian. Tapi tak perlu risau, aku boleh tanya pakcik yang paling sibuk kat dunia, Google namanya. Aku pun tanyalah dia, pros and cons of skipping meals dan dia habaq mai kat aku dengan faktasekali.
Actually, I did write something for the first entry. However, I didn't hit the publish button. I wasn't quite sure at that moment if I'm prepared enough for a blogging atmosphere. Tambahan pulak, aku ni memang tak da bakat menulis kot. Hey, kejap..kejap, that was what I thought, could it be right or could it be wrong. So, why do I start it now, what's made me motivated and who inspired me? Only God knows well.