Isnin, Oktober 22, 2012

Rendang

Raya Qurban bakal tiba, dah tak lama lagi tu. Hari 
ni dah 6 Zulhijjah, bermakna tinggal 4 hari jer lagi. 
Hari tu dah planning nak raya kat kampung. Tapi 
ada satu perkara yang betul-betul unaware masa 
buat planning tu. 

Just last saturday perasan road tax dengan insurance 
nak expired. Maknanya, road tax/insurance dengan 
installment  nak kena settle sebelum hujung bulan ni. 
Oh tidak, rabak poket aku bulan ni. So, alternative 
lain kalau tak balik  kampung, memang lah takda kalau 
dah gini caranya.  Raya kat sini aje lah. Tapi, insyaAllah
kalau tujuan balik kampung tu sebab nak ziarah mak
bapak kita, Allah akan permudahkan urusan kita.

Tapikan, kalau ada seribu aral yang merintang, aku
terpaksa raya kat sini jugak. Terpaksalah aku masak 
rendang dan lemang cara aku. Rendang aku ni yang
specialnya, aku tak pakai kerisik. Nak kata terer sangat
bab memasak ni tak lah kan, tapi kalau untuk survive,
any time beb. Okay bagi yang nak cuba-cuba resipi
aku ni, silakan.

Rendang Daging/Ayam

Bahan2

           1. Ikut suka berapa kilo daging/ayam
           2. Bawang kecil 10% dari berat daging/ayam
           3. Serai 10% dari berat daging/ayam
           4. Daun kunyit 5% dari berat daging/ayam
           5. Cili boh 10% dari berat daging/ayam (aku
               malas nak blend cili kering. kalau suka pedas
               tambah amaun cili boh)
           6. Lengkuas agak-agak sendiri. Satu buku lima
               budak kecik dah memadai untuk 2 kilo daging/ayam
           7. Santan 50% dari berat daging/ayam
           8. Kelapa parut 1/2 biji untuk 2 kilo daging/ayam

Cara Memasak

           1. Daging/ayam yang dibasuh, toskan dulu.
           2. Bawang keci, serai, daun kunyit dan lengkuas
               diricih halus-halus, sehalus yang boleh tapi jangan
               pakai blender.
           3. Masukan daging/ayam dalam kuali dan gaulkan
               dengan bahan-bahan ricihan tadi beserta dengan
               cili boh sekali. Api jangan lupa, hidupkan.
           4. Kacau sehingga berbau harum dan masukan santan.
               Tambahkan air jika masih terdapat daging/ayam
               yang timbul (tidak tenggelam).
           5. Masukan kelapa parut apabila santan sudah mendidih.
           6. Garam, serbuk perisa kalau suka (boleh juga gantikan
               dengan gula, tapi sedikit sahaja) secukup rasa.
           7. Kalau suka rendang basah, jangan biarkan kering.


Lemang memang aku tak pandai buat. Aku biasanya tanak pulut
dengan santan, kemudian dibungkus dan digulung padat-padat 
dalam daun  pisang. Kemaskan kedua-dua gulungan tadi dengan
lidi atau tooth-pick. Bakarkan diatas kuali. Okay dah siap.
Simplekan.

Jumaat, Oktober 19, 2012

Kursus

Alhamdulillah.

Selesai juga akhirnya. Walaupun sepatutnya kursus hingga
pukul 5 ptg, kerana request daripada diorang, terpaksalah
ditamatkan awal. Hours yang tak cukup tu, aku dah mintak
dihalalkan.

Aku sebenarnya dimintak untuk terlibat sama oleh pihak
penganjur. Kursus ni sepatutnya diadakan 16 - 20 Julai lalu,
tapi atas request daripada diorang jugak terpasalah ditunda
ke minggu ni. Alahai tldm.

Aku sebenarnya kesian kat peserta-peserta yang berkursus
tu. Bukannya apa, pihak penganjur terpaksa mendapat feedback
daripada tldm latarbelakang pendidikan para peserta.
Nah kau, dilonggokan dari yang ada spm sampailah yang ada
degree. Tak pening kepala dibuatnya. Kalau bagi level degree,
level bawah jadi pening. kalau bagi level bawah, level degree
jadi boring. Abih camno jang oiiii..

So, hasil daripada meeting, meeting dan meeting, kitorang pun
came out with the solution, bagi level dip ajer. So, for 2 days
nak tanak diorang kena adapt juga dengan teori termo dulu.
So, for one party, we just feel guilty while for another party,
we have had a sorry feeling.

Kot mana pun, walau banyak mana pun yang  korang dapat 
masa kursus tu, aku harap sedikit sebanyak ilmu yang kitorang
dapat share tu, dapat jugak memanafaatkan engkorang di hari
yang mendatang. InsyaAllah.



Isnin, Oktober 15, 2012

Aku Mahu Terbang

Itu adalah tajuk drama yang aku tonton malam
tadi. Bukan apa, aku cuma tertarik dengan satu
dialog tu, "cita-cita kau memang nak jadi 
juruterbangke", kemudian mamat tu jawab,
"memang dari kecik aku nak jadi juruterbang".

Itu adalah salah satu slot kecil dalam drama tu.
Aku tertarik dengan drama tu bukanlah disebabkan
jalan cerita yang menarik atau pun peminat setia
drama melayu, namun lebih kepada mengingati kisah
silam aku.

Satu masa dulu, aku pun macam mamat ni jugak.
Cita-cita aku tak pernah bertukar, daripada darjah
1 sampai lah tingkatan 5. Hanya satu sahaja, PILOT.

Dipendekkan cerita, aku rasa cita-cita aku tu macam 
boleh tercapai bila aku ditawarkan tempat untuk Pegawai 
Kadet. Seronok beb, memang seronok aku rasa sebab
aku diminta untuk melaporkan diri di kem tentera udara
Sungai Petani. Tentera udara tuu...maknanya chances aku
nak jadi pilot terbuka luas. 

My dad memang izinkan aku pergi, Yang jadi masalahnya,
my mom pulak tak izinkan. Aduss, apalah nasib aku.
Takkan aku nak jadi anak derhaka. Kang tak masuk 
syurga pulak. 

Anyway, setiap kejadian ada sebab dan hikmahnya. 
Manalah tau kan, tamat saja latihan masa tu, aku dah jadi
pegawai, entah-entah aku sombong dan bongkak
dengan orang bawahan. Mungkin jugak aku jadi kaki botol. 
Who knows. My uncle pun used to be a pilot dengan TUDM 
sebelum jadi pilot jet peribadi. I knew what and how he was then.

Thanx mom, walau pun aku merajuk jugak dua
tiga hari sebab terpaksa reply balik menolak tawaran
tu dan pulangkan semula warrant tiket keretapi.

Sabtu, Oktober 13, 2012

Kesedaran

Oh, hari ni hujan lagi, rahmat Allah buat hambanya.
Bayangkan kalau tak da hujan di dunia ni. Tak kiralah,
hujan gerimis ke atau hujan lebat. Yang penting hujan.
Hebatnya ciptaan yang Maha Agung, diberiNya panas
oleh matahari dan disejukNya pulak dengan air hujan.

Disebabkan ciptaanNya lah, kita belajar bermacam
dan berbagai perkara. Kita tahu sebab kita belajar dan
diberitahu. Kita faham apa yang kita belajar bila kita
mengkaji. Sebagai contoh, didalam Hukum Pertama 
Termodinamik (First Law of Thermodynamics) yang
mematuhi Prinsip Keabadian Tenaga (Principle of
Energy Conservation). Apa yang kita diberitahu,
tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan, tetapi
tenaga boleh boleh berubah dari satu bentuk kepada
bentuk yang lain. 

Prinsip ini difahami lebih kurang 160 tahun yang lalu 
setelah adanya kajian. Tapi, apa yang kita tak sedar,
sebenarnya kita telah pun diberitahu oleh Allah melalui
Nabi Muhammad SAW lebih kurang 1500 tahun yang 
lalu. Setiap manusia itu pasti akan merasai mati. Kita
mati apabila ruh ditarik keluar dari jasad kita dan 
dihidupkan semula diakhirat nanti. Nampak tak
hubungannya. 

Jadi, seandainya kita takut dengan keegoan dan 
kesombongan yang bakal melanda ingatlah ilmu yang 
sedikit itu tidak dapat menandingi kebesaran ilmu Ilahi. 
Semoga hati kita lebih bersih apabila kita beriman 
denganNya. Wallahu a'lam.

Rabu, Oktober 10, 2012

Kebulur

Semalam, sarapan aku cuma sebuku roti krim.
Sebelum pegi kerja semalam, aku sempat beli
roti krim dengan muffin, cukuplah buat sarapan
aku nanti. Itu getus hati aje. Baru makan sebuku
roti krim, aku dah rasa kenyang. Konon-konon
makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang.
So, muffin memang tak sentuh, pikir-pikir boleh
jugak buat lunch nanti. Nak jadikan sebab,
semalam pulak memang hujan lebat. Ambik muffin,
hujan-hujan ni memang sedap kalau mengunyah.
Bukak aje plastik, nah, ambik kau, dah berkulat
beb. Takda rezki lunch aku tengahari tu. Aku
pulak memang tak rajin nak pegi lunch kat luar
kalau sorang-sorang. Macam makan dengan hantu
je. Ya lah, kalau kat rumah boleh pulak makan
sorang-sorang. Kat rumah lain beb, sambil makan
boleh mengadap tv. Tapi kan, yang peliknya, berat
tetap juga menten, walaupun jarang ambik lunch.

Yang ni yang aku nak story sebenarnya. Yang kat atas
tu, intro je. Betul ke diet setengah-setengah orang tu,
ni termasuk aku jugak nih walaupun kadang-kadang,
kalau tak ambik lunch, berat boleh turun. Ha ah ek,
betul ke? Huh, kau ingat aku doktor ke? Kalau tak, 
boleh le aku tolong jawabkan. Tapi, kalau orang dah 
tanya, terpaksa lah aku jawab. Nak bagi fakta, aku tak
buat kajian. Tapi tak perlu risau, aku boleh tanya pakcik 
yang paling sibuk kat dunia, Google namanya. Aku pun 
tanyalah  dia, pros and cons of skipping meals dan dia 
habaq mai kat aku dengan fakta sekali. 

So, hari ni aku kena pegi lunch.

Tapi kat mana erh.....

Isnin, Oktober 08, 2012

1st And After 2 Years

Actually, I did write something for the first entry.
However, I didn't hit the publish button. I wasn't
quite sure at that moment if I'm prepared enough
for a blogging atmosphere. Tambahan pulak, aku
ni memang tak da bakat menulis kot.

Hey, kejap..kejap, that was what I thought, could
it be right or could it be wrong. So, why do I start
it now, what's made me motivated and who inspired
me?

Only God knows well.