Isnin, Oktober 22, 2012

Rendang

Raya Qurban bakal tiba, dah tak lama lagi tu. Hari 
ni dah 6 Zulhijjah, bermakna tinggal 4 hari jer lagi. 
Hari tu dah planning nak raya kat kampung. Tapi 
ada satu perkara yang betul-betul unaware masa 
buat planning tu. 

Just last saturday perasan road tax dengan insurance 
nak expired. Maknanya, road tax/insurance dengan 
installment  nak kena settle sebelum hujung bulan ni. 
Oh tidak, rabak poket aku bulan ni. So, alternative 
lain kalau tak balik  kampung, memang lah takda kalau 
dah gini caranya.  Raya kat sini aje lah. Tapi, insyaAllah
kalau tujuan balik kampung tu sebab nak ziarah mak
bapak kita, Allah akan permudahkan urusan kita.

Tapikan, kalau ada seribu aral yang merintang, aku
terpaksa raya kat sini jugak. Terpaksalah aku masak 
rendang dan lemang cara aku. Rendang aku ni yang
specialnya, aku tak pakai kerisik. Nak kata terer sangat
bab memasak ni tak lah kan, tapi kalau untuk survive,
any time beb. Okay bagi yang nak cuba-cuba resipi
aku ni, silakan.

Rendang Daging/Ayam

Bahan2

           1. Ikut suka berapa kilo daging/ayam
           2. Bawang kecil 10% dari berat daging/ayam
           3. Serai 10% dari berat daging/ayam
           4. Daun kunyit 5% dari berat daging/ayam
           5. Cili boh 10% dari berat daging/ayam (aku
               malas nak blend cili kering. kalau suka pedas
               tambah amaun cili boh)
           6. Lengkuas agak-agak sendiri. Satu buku lima
               budak kecik dah memadai untuk 2 kilo daging/ayam
           7. Santan 50% dari berat daging/ayam
           8. Kelapa parut 1/2 biji untuk 2 kilo daging/ayam

Cara Memasak

           1. Daging/ayam yang dibasuh, toskan dulu.
           2. Bawang keci, serai, daun kunyit dan lengkuas
               diricih halus-halus, sehalus yang boleh tapi jangan
               pakai blender.
           3. Masukan daging/ayam dalam kuali dan gaulkan
               dengan bahan-bahan ricihan tadi beserta dengan
               cili boh sekali. Api jangan lupa, hidupkan.
           4. Kacau sehingga berbau harum dan masukan santan.
               Tambahkan air jika masih terdapat daging/ayam
               yang timbul (tidak tenggelam).
           5. Masukan kelapa parut apabila santan sudah mendidih.
           6. Garam, serbuk perisa kalau suka (boleh juga gantikan
               dengan gula, tapi sedikit sahaja) secukup rasa.
           7. Kalau suka rendang basah, jangan biarkan kering.


Lemang memang aku tak pandai buat. Aku biasanya tanak pulut
dengan santan, kemudian dibungkus dan digulung padat-padat 
dalam daun  pisang. Kemaskan kedua-dua gulungan tadi dengan
lidi atau tooth-pick. Bakarkan diatas kuali. Okay dah siap.
Simplekan.

Tiada ulasan: