Itu adalah tajuk drama yang aku tonton malam
tadi. Bukan apa, aku cuma tertarik dengan satu
dialog tu, "cita-cita kau memang nak jadi
juruterbangke", kemudian mamat tu jawab,
"memang dari kecik aku nak jadi juruterbang".
Itu adalah salah satu slot kecil dalam drama tu.
Aku tertarik dengan drama tu bukanlah disebabkan
jalan cerita yang menarik atau pun peminat setia
drama melayu, namun lebih kepada mengingati kisah
silam aku.
Satu masa dulu, aku pun macam mamat ni jugak.
Cita-cita aku tak pernah bertukar, daripada darjah
1 sampai lah tingkatan 5. Hanya satu sahaja, PILOT.
Dipendekkan cerita, aku rasa cita-cita aku tu macam
boleh tercapai bila aku ditawarkan tempat untuk Pegawai
Kadet. Seronok beb, memang seronok aku rasa sebab
aku diminta untuk melaporkan diri di kem tentera udara
Sungai Petani. Tentera udara tuu...maknanya chances aku
nak jadi pilot terbuka luas.
My dad memang izinkan aku pergi, Yang jadi masalahnya,
my mom pulak tak izinkan. Aduss, apalah nasib aku.
Takkan aku nak jadi anak derhaka. Kang tak masuk
syurga pulak.
Anyway, setiap kejadian ada sebab dan hikmahnya.
Manalah tau kan, tamat saja latihan masa tu, aku dah jadi
pegawai, entah-entah aku sombong dan bongkak
dengan orang bawahan. Mungkin jugak aku jadi kaki botol.
Who knows. My uncle pun used to be a pilot dengan TUDM
sebelum jadi pilot jet peribadi. I knew what and how he was then.
Thanx mom, walau pun aku merajuk jugak dua
tiga hari sebab terpaksa reply balik menolak tawaran
tu dan pulangkan semula warrant tiket keretapi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan