Rabu, Januari 30, 2013

Jiwa Kacau

Penantian itu memang menyiksakan.
Seminit macam sejam, sehari dirasakan seminggu.
Yang tak diminta, yang itu datang melamar.
Yang dilamar pulak, diam membisu.
Adeh, cepatlah bagi jawapan.
Jangan biarkan aku tertunggu-tunggu.


Bukan apa beb..
Aku sebenarnya menanti jawapan program pasca ijazah.
Tempat yang aku pohon belum lagi bagi jawapan.
Tempat yang aku tak pohon pulak, menanti jawapan aku.
 

Ahad, Disember 23, 2012

Tika Dan Saat ini

Jam laptop aku sekarang ni pukul 3.45 pm.
Ada apa hal dengan waktu saat ini. Hurm..
kalau nak tahu layan dulu lagu ni..

 

Hokkay, dah layan. Amacam bila dengar lagu ni.
Ada rasa macam dalam hati tu ada taman tak.
Tak salah kalau nak feeling-feeling sekali-sekala,
betul tak. Cer nyanyi sikit lirik awal lagu ni.

Tika begini..mencari-cari..sebuah cinta hilang..
Saat begini..ternanti-nanti..bayangmu sayang..

Perghhh, inilah perasaan aku waktu ni.
Bukannya apa aku tengah putus rokok ni.
Sorry erh....

 
 

Ahad, November 25, 2012

ANSYS R14 Installation Guide Using C***k

We do have our own excused why on earth we dared
to use pirated software. We already knew and been
told it could harm the operating system besides of the 
illegal status of being a user. 

OK, back to the topic, I would like to show you out
there the correct way to install ANSYS R14. I have
successfully installed it on 3 different computers and
that's include my laptop.

Hey, that was after a couples of failure using the 
provided instruction note inside the crack. What the
hell on earth they gave the wrong instruction. 

I have bought the software which comes with 2 DVDs, 
but then I copied it to my external hard disk for my
sake of convenience installation. But, still the procedures
would never affected the installation either way.


ANSYS R14 INSTALLATION GUIDE

























 

Sabtu, November 17, 2012

Pergh..Malasnya

Lately, tah kenapa aku rasa malas sangat. Kalu ikut hati aku,
memang nak update blog aku nih. Then, bila bukak aje blog
aku tuh, huhhh....., masa tu jugak lah semangat malas tak 
hingat aku nih menjelma. So, aku pun logout je lah. Tell me, 
kalau ini bukan malas namanya. You see, ini pun dah malas 
aku rasa. And I have to put a fullstop here. Sorry beb...

Isnin, Oktober 22, 2012

Rendang

Raya Qurban bakal tiba, dah tak lama lagi tu. Hari 
ni dah 6 Zulhijjah, bermakna tinggal 4 hari jer lagi. 
Hari tu dah planning nak raya kat kampung. Tapi 
ada satu perkara yang betul-betul unaware masa 
buat planning tu. 

Just last saturday perasan road tax dengan insurance 
nak expired. Maknanya, road tax/insurance dengan 
installment  nak kena settle sebelum hujung bulan ni. 
Oh tidak, rabak poket aku bulan ni. So, alternative 
lain kalau tak balik  kampung, memang lah takda kalau 
dah gini caranya.  Raya kat sini aje lah. Tapi, insyaAllah
kalau tujuan balik kampung tu sebab nak ziarah mak
bapak kita, Allah akan permudahkan urusan kita.

Tapikan, kalau ada seribu aral yang merintang, aku
terpaksa raya kat sini jugak. Terpaksalah aku masak 
rendang dan lemang cara aku. Rendang aku ni yang
specialnya, aku tak pakai kerisik. Nak kata terer sangat
bab memasak ni tak lah kan, tapi kalau untuk survive,
any time beb. Okay bagi yang nak cuba-cuba resipi
aku ni, silakan.

Rendang Daging/Ayam

Bahan2

           1. Ikut suka berapa kilo daging/ayam
           2. Bawang kecil 10% dari berat daging/ayam
           3. Serai 10% dari berat daging/ayam
           4. Daun kunyit 5% dari berat daging/ayam
           5. Cili boh 10% dari berat daging/ayam (aku
               malas nak blend cili kering. kalau suka pedas
               tambah amaun cili boh)
           6. Lengkuas agak-agak sendiri. Satu buku lima
               budak kecik dah memadai untuk 2 kilo daging/ayam
           7. Santan 50% dari berat daging/ayam
           8. Kelapa parut 1/2 biji untuk 2 kilo daging/ayam

Cara Memasak

           1. Daging/ayam yang dibasuh, toskan dulu.
           2. Bawang keci, serai, daun kunyit dan lengkuas
               diricih halus-halus, sehalus yang boleh tapi jangan
               pakai blender.
           3. Masukan daging/ayam dalam kuali dan gaulkan
               dengan bahan-bahan ricihan tadi beserta dengan
               cili boh sekali. Api jangan lupa, hidupkan.
           4. Kacau sehingga berbau harum dan masukan santan.
               Tambahkan air jika masih terdapat daging/ayam
               yang timbul (tidak tenggelam).
           5. Masukan kelapa parut apabila santan sudah mendidih.
           6. Garam, serbuk perisa kalau suka (boleh juga gantikan
               dengan gula, tapi sedikit sahaja) secukup rasa.
           7. Kalau suka rendang basah, jangan biarkan kering.


Lemang memang aku tak pandai buat. Aku biasanya tanak pulut
dengan santan, kemudian dibungkus dan digulung padat-padat 
dalam daun  pisang. Kemaskan kedua-dua gulungan tadi dengan
lidi atau tooth-pick. Bakarkan diatas kuali. Okay dah siap.
Simplekan.